Khamis, 29 November 2007

Mari Kita Mulakan



Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja

Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah
Apakan daya hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah

Kita yang bersyarahkan role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka

Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang, kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka

Kasih Sayang Keluarga



Kasih Sayang Keluarga Adalah Mukaddimah Kasih Sayang Tuhan..Tuhan Jadikan Keluarga Adalah Latihan Dan Hadiah Untuk Kita Semua.Marilah Sama-Sama Menyanjungi Tuhan Yang Maha Agung

Sikap Kita Sepatutnya

Kalau kita dicaci orang
Janganlah marah-marah kepadanya
Terima sahajalah dengan dada yang lapang
Cacat cela memang sifat hamba
Sama ada terang-terangan mahupun tidak nyata
Kalau boleh menerima cercaan orang
Ada harapan boleh membaiki diri kita

Jika orang memuji kita
Janganlah kita menerimanya
Pujian itu bukan hak kita
Ia milik Tuhan semesta
Tuhan sahaja yang layak menerima pujian
Kerana Dia sahajalah yang Maha Sempurna
Bila kita dipuji orang kembalikan sahaja kepada-Nya

Salah Pilih Cinta

Engkau bertuhan yg bukan tuhan
Tuhan adalah tempat manusia mengagung dan memuja
Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan manusia, itulah tuhannya. Sekalipun dia tidak menyebut tuhan. Sebenarnya apa sahaja yang engkau agungkan dan puja,Itulah tuhan engkau. Kalau negaralah yang menjadi sanjungan dan pujaan engkau, Itulah tuhan engkauJika bangsalah yang menjadi pujaan engkau dan kebesaran engkau, itulah tuhan engkau. Kalau engkau membuat apa sahaja demi negara, itulah tuhan engkauJika engakau memperjuangkan demi kebesaran bangsa, itulah tuhan engkau. Begitulah juga jika engakau memperjuangkan keagungan ideologi, itulah tuhan engkau. Seterusnya kalau wang ringgit atau wanita yang menjadi pujaan engkau, itulah tuhan engkau.Sungguh bodoh engkau bertuhankan yang tidak berkuasa di atas engkau. Di mana kecerdikan engkau menuhankan benda yang kaku beku, ciptaan Tuhan? Segala yang kita sebutkan tadi, bukankah akan binasa??
Mengapa engkau bertuhankan sesuatu yang akan binasa??
Mengapa engkau jadikan tuhan yang engkau akan tinggalkan??
Kenapa dan mengapa engkau jadikan tuhan yang tidak memberi apa-apa kepada engkau? Itulah tandanya akal sahaja tidak cukup memandu engkau!
Itulah buktinya mata dan akal tidak mampu memimpin engkau!Kalau mata hati dan jiwa engkau buta, hati dan jiwa yang buta itulah yang menjadikan engkau tidak kenal Tuhan.
Hati engkau yang buta itulah yang engkau salah mengambil Tuhan.
Rupanya engkau telah 'syirik', tetapi engkau tidak sedar.
Engkau anggap sembah berhala sahaja menjadi syirik?
Engkau puja negara, engkau puja bangsa, engkau puja ideology.
Engkau telah syirik.
Memuja negara atau bangsa sama sahaja seperti memuja berhala.
Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar! Engkau telah tersesat jalan!
Kerana engkau telah jadikan tuhan yang bukan Tuhan.

Petua Berkeluarga


Semoga dengan adanya Untuk suami ... renungkanlahPernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- citamenjadi solehah ... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kitakewajiban bersama Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnyaIsteri ladang tanaman kamu pemagarnyaIsteri kiasan ternakan kamu gembalanyaIsteri adalah murid kamu mursyidnyaIsteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanyaSaat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnyaseketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainyaisteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya ...Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memilikiisteri yang tak sehebat manaJusteru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhirzaman yang berusaha menjadi soleh ... amin.Untuk isteri pula.. renungkanlah...Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsiaSuami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw ... Tidaklahsetaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa..apalagi setampan YusufJusteru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita citamembangun keturunan yang soleh...Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersamaSuami menjadi pelindung kamu penghuninyaSuami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinyaSuami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannyaSaat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaSeketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya SeandainyaSuami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dantaqwaUntuk belajar meniti sabar dan redha Allah swtKerana memiliki suami yang tak segagah manaJusteru kamu akan tersentak dari alpaKamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Punbukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhirzaman yang berusaha menjadi solehah ... amin ...Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggiseandainya diri sendiri jelas tidak berupayaSuami & isteri ingatlah:Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidaksemulia Rasulullah Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidaksehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusofseandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguhIbrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

Seni Bercinta



Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.Seni Merasa* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.

Seni Bertindak* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata, 'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.