Khamis, 29 November 2007

Salah Pilih Cinta

Engkau bertuhan yg bukan tuhan
Tuhan adalah tempat manusia mengagung dan memuja
Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan manusia, itulah tuhannya. Sekalipun dia tidak menyebut tuhan. Sebenarnya apa sahaja yang engkau agungkan dan puja,Itulah tuhan engkau. Kalau negaralah yang menjadi sanjungan dan pujaan engkau, Itulah tuhan engkauJika bangsalah yang menjadi pujaan engkau dan kebesaran engkau, itulah tuhan engkau. Kalau engkau membuat apa sahaja demi negara, itulah tuhan engkauJika engakau memperjuangkan demi kebesaran bangsa, itulah tuhan engkau. Begitulah juga jika engakau memperjuangkan keagungan ideologi, itulah tuhan engkau. Seterusnya kalau wang ringgit atau wanita yang menjadi pujaan engkau, itulah tuhan engkau.Sungguh bodoh engkau bertuhankan yang tidak berkuasa di atas engkau. Di mana kecerdikan engkau menuhankan benda yang kaku beku, ciptaan Tuhan? Segala yang kita sebutkan tadi, bukankah akan binasa??
Mengapa engkau bertuhankan sesuatu yang akan binasa??
Mengapa engkau jadikan tuhan yang engkau akan tinggalkan??
Kenapa dan mengapa engkau jadikan tuhan yang tidak memberi apa-apa kepada engkau? Itulah tandanya akal sahaja tidak cukup memandu engkau!
Itulah buktinya mata dan akal tidak mampu memimpin engkau!Kalau mata hati dan jiwa engkau buta, hati dan jiwa yang buta itulah yang menjadikan engkau tidak kenal Tuhan.
Hati engkau yang buta itulah yang engkau salah mengambil Tuhan.
Rupanya engkau telah 'syirik', tetapi engkau tidak sedar.
Engkau anggap sembah berhala sahaja menjadi syirik?
Engkau puja negara, engkau puja bangsa, engkau puja ideology.
Engkau telah syirik.
Memuja negara atau bangsa sama sahaja seperti memuja berhala.
Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar! Engkau telah tersesat jalan!
Kerana engkau telah jadikan tuhan yang bukan Tuhan.

Tiada ulasan: